Harga Asus ROG Phone Tertiris Di Finland – Mencecah Sehingga RM4,717

Harga Asus ROG Phone Tertiris Di Finland – Mencecah Sehingga RM4,717

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Asus ROG Phone adalah telefon pintar mercu dari Asus yang memfokuskan prestasi khusus untuk permua. Ia hadir dengan aksesori unik, mempunyai RGB dan juga sistem penyejuk tersendiri.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini – peranti ini belum dijual di mana-mana pasaran seluruh dunia. Hari ini, syarikat telekomunikasi dari Finland – Telia telah memperlihatkan harga Asus ROG Phone yang ditawarkan pada €999 (~RM4,717). Ia sedikit mahal kerana Telia turut sertakan set fon kepala gaming ROG Delta yang dikatakan berharga €199 (~RM940).

Jika ditolak dengan set fon kepala itu tadi, harga ROG Phone ini adalah dalam lingkungan RM3,777. Tetapi harga ini adalah berdasarkan mata wang Eropah, di mana harga mereka kebiasaannya lebih mahal berbanding dari pasaran lain.

Di Malaysia, Asus ROG Phone akan dijual tidak lama lagi. Mungkin kita akan lihat Asus tawarkan harga yang berbaloi seperti peranti mercu mereka Asus Zenfone 5Z yang dijual pada bawah RM2000.


TIPS & ULASAN