Syarikat Disebalik Aplikasi Tik Tok Mungkin Dinilaikan Mencapai Lebih RM300 Bilion

Syarikat Disebalik Aplikasi Tik Tok Mungkin Dinilaikan Mencapai Lebih RM300 Bilion

Diterbitkan pada Ogos 8, 2018 oleh .

Tik Tok boleh dikatakan kian menjadi bualan ramai, malah digunakan secara aktif oleh ramai anak muda. Sebelum ini, Tik Tok telah mengumumkan yang mana mereka akan menyatukan aplikasi mereka bersama Musically, dan menyatakan mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif setiap hari.

Dengan perkembangan sihat ini, semestinya ramai ingin mengetahui apakah nilai syarikat disebalik aplikasi berkenaan.

Terkini, syarikat disebalik aplikasi berkenaan, Bytedance dilihat sedang mencari suntikan dana baru pada nilai syarikat mencapai $75 bilion, iaitu sekitar lebih RM300 bilion.

Bytedance mempunyai beberapa perkhidmatan menarik dibawah mereka, dimana selain Tik Tok, mereka turut mempunyai aplikasi seperti Flipagram, dan News Republic dibawah mereka.

Dengan angka pengguna melangkaui ratusan juta setiap bulan, semestinya ia sekaligus memposisikan syarikat mereka bernilai tinggi. Apatah lagi dengan tumpuan ramai pengguna muda pada platform berkenaan.

Bytedance buat masa ini sekadar menyasarkan untuk mengumpulkan $3 bilion suntikan dana pelaburan untuk terus mengukuhkan kedudukan syarikat mereka dan terus menambah angka pengguna.


TIPS & ULASAN