Cari @ Amanz

Pihak Touch ‘n Go telah menguji sokongan pembayaran tol menggunakan tag RFID sejak daripada tahun lepas. Kini, berkongsi mengenainya, sokongan berkenaan dijangka dibuka kepada pengguna umum bermula September 2018 ini.

RFID Tag Tol

Melalui penggunaan tag RFID untuk pembayaran tol ini, pengguna hanya perlu melekatkan sebuah pelekat khusus, dan plaza tol akan mengesannya berdasarkan kepada gelombang radio. Hal ini sekaligus menjadikan proses pembayaran tol lebih pantas dan efisyen – selain membolehkan plaza tol tanpa palang diimplementasikan pada masa akan datang.

Untuk tujuan tambah-nilai pula, pihak Touch ‘n Go dijangka akan mengintegrasikannya dengan aplikasi digital mereka, sekaligus lebih memudahkan proses tambah-nilai dan pengurusan seseorang pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat untuk mencuba RFID ini hari ini melalui laman rasmi Touch ‘n Go.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd