Astro hari ini telah memulakan ujian siaran 4K UHD mereka secara terbuka. Namun, ia hanya ditawarkan melalui beberapa kedai terpilih sahaja, dan belum dibuka untuk pengguna umum. Menyentuh mengenainya, Astro melalui laman rasmi mereka mengatakan kotak dekoder (set top box) untuk sokongan siaran 4K UHD ini akan ditawarkan kepada pengguna umum kelak pada tahun ini.
Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pelanggan Astro untuk menikmati siaran pada resolusi 4K UHD terus di rumah, dan tidak perlu keluar untuk ke kedai berdekatan bagi menikmatinya.
Melalui siaran 4K UHD, pengguna dapat menikmati kandungan pada kadar 50 FPS, selain pewarnaan 10-bit – sekaligus menjadikan kandungan yang ditonton berkali ganda lebih baik dan menarik berbanding siaran FHD biasa.
Seperti biasa, selain daripada kotak dekoder yang baru, pelanggan juga akan memerlukan televisyen dengan sokongan 4K UHD untuk menikmati kandungan berkenaan pada tahap maksima. Antara kandungan yang akan ditawarkan pada resolusi ini adalah termasuk Liga Perdana Inggeris, F1, beberapa filem, dan beberapa rancangan yang lain.
Bagi anda yang berminat mendapatkan kotak dekoder ini, boleh membuat pendaftaran minat melalui laman rasmi Astro hari ini.
4K, 4-0. 😛 #Astro4KUHD #LIVWHU pic.twitter.com/4FF9ij14sj
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) August 12, 2018