Rekaan Motorola P30 Tertiris Dengan Skrin Bertakuk Dan Dwi-Kamera Utama

Rekaan Motorola P30 Tertiris Dengan Skrin Bertakuk Dan Dwi-Kamera Utama

Diterbitkan pada Ogos 14, 2018 oleh .

Ura-ura dan rekaan Motorola One Power telah lebih dua bulan tertiris tetapi sehingga kini ia masih belum dilancarkan. Hari ini imej pengolokan rasmi Motorola P30 tertiris dan ia mungkin adalah Moto One Power untuk pasaran China kerana mempunyai rekaan yang sama.

Motorola P30 dilengkapi skrin 6.2″, dijana pemproses Snapdragon lapan teras, memori sebesar 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 16+5 Megapixel, kamera hadapan 12-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Sistem nyahkunci menggunakan wajah juga boleh digunakan. Dari segi rekaan ia mempunyai bingkai logam dengan panel belakang yang diperbuat daripada kaca.


TIPS & ULASAN