Android Message Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru Dan Sokongan Tema Gelap

Android Message Dikemaskini Dengan Antaramuka Baru Dan Sokongan Tema Gelap

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Android Message adalah aplikasi permesejan asas di dalam telefon pintar yang menjalankan Android asli. Ia turut menyokong RCS dan baru-baru ini menyokong penghantaran dan penerimaan SMS pada komputer melalui web.

Terbaru, aplikasi ini dikemaskini dengan antaramuka baru yang selari dengan Material Design baru Google. Selain itu, ia turut menyokong tema gelap. Melalui kemaskini ini, Android Message akan lebih selari dengan aplikasi-aplikasi serta perkhidmatan Google yang lain. Manakala tema gelap ini juga kini memudahkan pengguna untuk membaca SMS di waktu malam.

Kemaskini ini hadir secara berperingkat. Anda boleh semak kemaskini ini di Google Play Store.

Muat Turun: Android Message Dengan Sokongan Tema Gelap Di Play Store


TIPS & ULASAN