Imej Pengolokan Telefon Skrin Boleh Lipat Samsung Dihasilkan Dari Paten Rekaan

Imej Pengolokan Telefon Skrin Boleh Lipat Samsung Dihasilkan Dari Paten Rekaan

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Samsung dipercayai akan melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat pada tahun hadapan. Ia akan menjadi peranti mercu ketiga Samsung selepas siri Galaxy S dan Galaxy Note. Beberapa rekaan telah tertiris ke arena web berdasarkan paten yang difailkan oleh Samsung sebelum ini. Kini imej pengolokan telah dihasilkan oleh laman Nieuwemobiel menggunakan paten yang sama.

Apabila dilipat peranti kelihatan seperti dompet. Ia menyerupai mekanisme lipatan pada sebuah Microsoft Surface Book. Apabila di dalam posisi terbuka, skrin peranti mempunyai nisbah 21:9. Terdapat ura-ura peranti skrin boleh lipat ini akan dilancarkan sebagai Galaxy F untuk Fold. Adakah rekaan telefon pintar skrin boleh lipat ini praktikal pada pendapat anda?


TIPS & ULASAN