Cari @ Amanz

OnePlus dilihat akan meneruskan tradisi pengenalan dua telefon pintar pada setiap tahun, termasuk tahun ini dimana mereka dijangka memperkenalkan OnePlus 6T tidak lama lagi.

Menurut laporan terbaru daripada CNet, OnePlus 6T dijangka dilancarkan pada bulan Oktober kelak.

Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan oleh OnePlus 6T masih tidak diketahui lagi. Kebiasaannya, OnePlus sekadar menawarkan kemaskini penaik-tarafan kecil sahaja berbanding versi awalnya. Beberapa desas-desus mengatakan OnePlus 6T mungkin mengambil sedikit inspirasi daripada peranti Oppo R17 yang baru.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai telefon pintar akan datang daripada OnePlus ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd