Maxis Bakal Menawarkan Pakej Jalur-Lebar Berkelajuan Sehingga 800Mbps

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bersama-sama pengumuman pelan baru untuk MaxisONE Home Fibre yang menawarkan pakej 30Mbps pada harga RM89 sebulan, dan pakej 100Mbps pada harga RM129 sebulan, pihak Maxis secara tidak langsung turut mengatakan bakal menawarkan pakej berkelajuan lebih tinggi tidak lama lagi.

Tidak menyatakan sebarang tarikh, tetapi Maxis mengatakan bakal menawarkan kelajuan dengan pilihan 300Mbps, 500Mbps dan juga 800Mbps.

Maxis mengatakan yang mana kelajuan lebih tinggi ini akan ditawarkan oleh mereka sebaik sahaja infrastruktur untuknya tersedia.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran internet berkelajuan tinggi daripada Maxis ini dalam bulan-bulan akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami