Cari @ Amanz

Ofo merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian basikal di Malaysia yang telah beroperasi di Melaka dan Putrajaya sejak tahun lepas. Walaubagaimanapun, kini, selang setahun, perkhidmatan berkenaan dilihat telah pun ditamatkan untuk pasaran tempatan.

Ia tidak diketahui mengapakah pihak Ofo menamatkan perkhidmatan. Berkemungkinan kerana terdapat kecurian basikal mereka yang tinggi, selain mungkin perancangan syarikat berkenaan sendiri yang mungkin ingin memfokuskan beberapa pasaran sahaja buat masa ini.

Selain Ofo, masih terdapat beberapa perkhidmatan perkongsian basikal yang beroperasi di Malaysia, termasuk antaranya adalah Mobike dan juga oBike.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd