Nokia 7 Plus Akan Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie Seawal September Ini

Nokia 7 Plus Akan Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie Seawal September Ini

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Nokia Mobile hari ini telah mengadakan sebuah acara media di India, dan padanya, pihak nokia menjanjikan yang mana Nokia 7 Plus akan mula menerima kemaskini Android 9.0 Pie sekitar bulan September 2018 ini.

Seperti ramai sedia maklum, Nokia 7 Plus adalah salah satu peranti dibawah program Android One, dan mereka turut telah menguji penggunaan Android 9.0 Pie Beta sebelum ini. Melalui kemaskini baru ini, ia menyertakan sokongan pembelajaran mesin lebih menyeluruh – termasuk untuk mengawal bateri dan juga pencahayaan skrin, selain dilengkapi ciri untuk mengawal ketagihan menggunakan peranti.

Dengan pengumuman ini, ia sekaligus menjadikan Nokia 7 Plus antara peranti terawal yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie ini jikalau dibandingkan dengan pelbagai peranti lain di pasaran. Di Malaysia, Nokia 7 Plus telah dijual sejak bulan April lepas pada harga RM1699.


TIPS & ULASAN