Cari @ Amanz

Sewaktu Google mengumumkan Android P secara rasmi, salah satu peranti kelas pertengahan yang menyokongnya adalah Nokia 7 Plus. Nokia 7 Plus adalah peranti yang menjalankan Android One dan juga merupakan peranti Nokia pertama yang menyokong Android baru ini.

Beberapa hari lepas, Google telah memberi nama akhir Android P – iaitu Pie untuk Android versi 9.0 ini. Kemudian, Nokia mengumumkan di mana kebanyakan peranti yang telah mereka lancarkan akan menerima kemaskini Android Pie, baik dari kelas permulaan sehingga kelas utama.

 

Hari ini, Nokia mula memberi kemaskini Android 9.0 Pie untuk Nokia 7 Plus dalam bentuk beta. Jadi, mana-mana pengguna boleh menikmati Android Pie ini awal dan cuba segala ciri pintar yang terbina. Jika sekarang pengguna Nokia 7 Plus sedang menjalankan Android P beta, kemaskini OTA Android Pie sudah boleh mula dimuat turun.

  • Info
  • Dapatkan Android 9.0 Pie Beta Untuk Nokia 7 Plus Di Sini
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd