Cari @ Amanz

Biasanya maklumat yang tertiris mengenai peranti yang masih belum dilancarkan berlaku secara berperingkat. Gambar peranti yang tertiris biasanya kabur dengan spesifikasi yang kekal misteri. Dalam kes Google Pixel 3 XL, maklumat mengenai peranti ini tertiris secara pukal semalam selepas ia muncul di laman Rozetked dari Rusia.

Ia mengesahkan kewujudan takuk yang besar dengan pembesar suara pada bahagian dagu. Menurut laman tersebut Pixel 3 XL dilengkapi skrin 6.71″, dijana pemproses Snapdragon 845 dan bateri sebesar 3300 mAh. Seperti laporan kami sebelum ini, Pixel 3 XL mengekalkan penggunaan satu kamera sahaja pada bahagian belakang dengan pengimbas cap jari berbentuk bulat. Satu maklumat baru diketahui ialah peranti ini menyokong pengecasan tanpa wayar.

Di dalam kotak terdapat fon telinga, penyesuai USB-C ke USB-A, penyesuai USB-C ke bicu audio dan kabel pengecas dengan kedua-dua hujung menggunakan USB-C. Fon telinga yang disertakan kelihatan seperti Pixel Buds tetapi berwayar.

Sampel kamera juga tertiris dan ia tidak mengecewakan. Warna gambar nampak hidup kualiti walaupun di dalam situasi pencahayaan yang kurang baik adalah menakjubkan. Rekaan peranti menerima banyak kritikan di kalang pembaca Amanz tapi kami rasakan kemampuan kamera Pixel 3 XL ini tidak mengecewakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd