Kesemua pengeluar peranti mempunyai perancangan untuk menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat. Kesemua peranti ini dijangka mula memasuki pasaran pada tahun hadapan. Motorola juga nampaknya tidak ketinggalan dan memfailkan paten untuk telefon pintar dengan skrin boleh lepat mereka sendiri.
Peranti mempunyai rekaan clamshell tetapi apabila dibuka akan kelihatan seperti telefon pintar rekaan candybar semasa. Terdapat spekulasi ini mungkin adalah peranti Motorola RAZR generasi terbaru yang diuar-uarkan sejak MWC pada bulan Februari yang lalu. Apabila dilipat, bahagian tengah skrin akan terlipat seperti kertas. Ini membolehkan satu panel skrin digunakan untuk keseluruhan peranti.
Paten difailkan pada bulan Mei yang lalu dan hanya diterbitkan minggu ini. Jadi tidak diketahui sama ada ini hanyalah sekadar paten atau akan menjadi rekaan peranti skrin boleh lipat mereka dalam masa terdekat.