Cari @ Amanz

Huawei Mate 10 Mula Menerima Kemaskini Night Mode Seperti P20 Pro

Link Copied!

Fungsi Night Mode pada Huawei P20 Pro membolehkan pengguna mengambil gambar pada waktu malam yang lebih terang berbanding mod biasa. Peranti akan mengambil beberapa gambar dalam masa empat saat yang kemudian digabungkan menjadi sebuah gambar. Mod unik ini akhirnya tiba ke Huawei Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design.

Huawei Mate 10 ProPengguna di beberapa pasaran mula menerima kemaskini BLA-L29C 8.0.0.145 untuk EMUI 8 sejak semalam. Usai kemaskini pilihan Night Mode akan terpapar pada antaramuka aplikasi kamera. Peranti Mate 10 di makmal Amanz masih belum menerima kemaskini ini tetapi kami difahamkan ia diberikan secara berfasa mengikut pasaran. Menerusi kemaskini ini, pengguna Mate 10 juga dapat mengambil gambar waktu malam yang kami rasakan terbaik di antara peranti mercu di pasaran sekarang.


Komen ()