Cari @ Amanz

Raifal yang paling popular di dalam permainan video ialah Automat Kalashnikov 47 atau lebih dikenali sebagai AK-47. Kalashnikov kini bukan sahaja mengeluarkan senjata peperangan malahan sebelum ini memperlihatkan motosikal terbang pertama mereka. Terkini mereka juga mula berjinak-jinak dalam penghasilan kereta elektrik.

Kalashnikov CV-1 ialah percubaan sulung mereka untuk menghasilkan kenderaan elektrik untuk kegunaan awam. Rupa luarannya menyerupai kenderaan dari era 70an. Dengan sekali caj kereta ini boleh bergerak sehingga 350 kilometer. CV-1 masih lagi sebuah konsep buat masa ini tetapi seperti di negara maju yang lain, kenderaan berkuasa elektrik dilihat sebagai masa depan industri automatif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd