Carian
Samsung Galaxy J2 Core Akan Dijual Di Malaysia Minggu Ini Pada Harga RM379
August 24, 2018 Effi Saharudin

Sebelum ini kami melaporkan Samsung Galaxy J2 Core dilancarkan di India. Kini kami menerima maklumat rasmi dari Samsung Malaysia bahawa peranti dengan sistem operasi Android Oreo Go Edition ini akan turut dijual di Malaysia pada minggu ini pada harga RM379 sebuah.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.0-inci TFT qHD, dijana pemproses Exynos 7570, memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB. Kamera utama mempunyai sensor sebesar 8-Megapixel f2.2 manakala kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Membekalkan kuasa kepada peranti ialah bateri sebesar 2600 mAh.

Komen