Kerajaan Akan Bertindak Tegas Terhadap Telko Yang Gagal Semak-Semula Harga Dan Kelajuan Internet Selewatnya 31 Ogos

Kerajaan Akan Bertindak Tegas Terhadap Telko Yang Gagal Semak-Semula Harga Dan Kelajuan Internet Selewatnya 31 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 27, 2018 oleh .

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengumumkan yang mana kerajaan akan bertindak tegas terhadap syarikat telekomunikasi yang gagal lakukan semak semula harga perkhidmatan dan kelajuan internet – selewat-lewatnya 31 Ogos ini.

Kerajaan sebelum ini telah meminta syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan harga perkhidmatan internet, selain meningkatkan lagi kadar kelajuan internet. Dengan penetapan tarikh 31 Ogos ini, kita mungkin melihat pengumuman daripada beberapa syarikat telekomunikasi berkaitan penawaran jalur-lebar mereka tidak lama lagi.

Buat masa ini, Telekom Malaysia telah hadir dengan pakej jalur-lebar 30Mbps pada harga RM79 sebulan dengan had 60GB data sebulan. Maxis turut telah mengumumkan pakej mereka sebelum ini, menawarkan kelajuan internet 30Mbps pada harga langganan RM89 sebulan untuk penggunaan tanpa had.

Dengan pengumuman baru daripada kementerian ini, kita mungkin mendengar lanjut daripada syarikat telekomunikasi lain berkenaan penawaran mereka pada minggu ini.


TIPS & ULASAN