Carian
Google Pixel 3 Dilaporkan Mungkin Diperkenalkan Pada 9 Oktober
August 27, 2018 Aman

Bagi para peminat peranti Android, salah satu telefon pintar yang dinantikan adalah telefon pintar keluaran Google sendiri, dinamakan Pixel. Untuk tahun ini, generasi ketiga telefon pintar berkenaan bakal diperkenalkan. Menurut laporan Bloomberg hari ini, mereka mengatakan yang mana Google mungkin memperkenalkan Pixel 3 pada sebuah acara media di New York pada 9 Oktober kelak.

Walaubagaimanapun, maklumat lanjut mengenai peranti berkenaan tidak dikongsikan buat masa ini. Tarikh terbaru ini adalah lewat beberapa hari berbanding info sebelum ini yang menyasarkan tarikh 4 Oktober.

Mengikut pelbagai desas-desus sebelum ini, Google Pixel 3 dilihat akan hadir dengan sokongan bertakuk – dan beberapa gambar tertiris menunjukkan saiz takuk yang sedikit besar. Disamping itu, dengan pelbagai persaingan sengit dalam arena fotografi, ramai yang menantikan apakah bakal dibawakan Google melalui Pixel 3 ini kelak.

Dengan laporan baru ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai Pixel ini dalam minggu-minggu akan datang.

Komen