Honor Magic 2 Bakal Hadir Dengan Kirin 980, Skrin Penuh, Rekaan Boleh-Luncur

Honor Magic 2 Bakal Hadir Dengan Kirin 980, Skrin Penuh, Rekaan Boleh-Luncur

Diterbitkan pada Ogos 31, 2018 oleh .

Honor hari ini telah mengambil pentas utama di IFA 2018, dan pada masa yang sama berkongsi mengenai salah satu telefon pintar mereka yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, iaitu Honor Magic 2.

Untuk makluman, Honor telah hadir dengan Honor Magic pada 2016 yang lepas, dimana ia menawarkan rekaan yang sangat unik beserta integrasi kecerdasan buatan. Namun, ia hanya dipasarkan dalam kuantiti terhad di China sahaja. Kini, dengan perkongsian Honor Magic 2 di IFA 2018, kita mungkin akan dapat melihat ia ditawarkan pada peringkat global.

Honor Magic 2

Honor menjanjikan rekaan skrin menyeluruh pada Honor Magic 2. Menariknya, ia menyembunyikan kamera hadapan disebaliknya yang boleh diakses dengan meluncurkan skrin kebawah. Secara kasarnya ia seumpama Oppo Find X, tetapi tidak menggunakan komponen mekanikal, sebaliknya diluncurkan secara manual.

Honor Magic 2

Honor Magic 2

Pada masa yang sama juga, Honor mengatakan Honor Magic 2 ini bakal dijana dengan cip pemprosesan Kirin 980.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Honor akan melancarkan Honor Magic 2 ini. Dengan mengacahkan ia pada hari ini, kita mungkin melihat peranti ini diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN