Huawei P20 Pro Diumumkan Dengan Rekaan Kerangka Berasaskan Kulit, 8GB RAM

Huawei P20 Pro Diumumkan Dengan Rekaan Kerangka Berasaskan Kulit, 8GB RAM

Diterbitkan pada Ogos 31, 2018 oleh .

Bersama-sama pengenalan cip pemprosesan baru dan pengumuman tarikh pelancaran siri Mate 20, pihak Huawei turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Huawei P20 Pro.

Kemaskini ini hadir dalam fokus terhadap penawaran rekaan warna kerangka berbeza – termasuk warna cerun baru dinamakan Morpho Aurora, selain pilihan warna hitam dan putih.

Huawei P20 Pro Kulit

Menariknya, salah satu pilihan baru yang turut ditawarkan adalah dengan pilihan kerangka belakang yang hadir berasaskan kulit. Ini sekaligus memmberikan pengalaman menggunakan peranti yang berbeza berbanding penggunaan peranti dengan kerangka berasaskan plastik, kaca dan sebagainya.

Model dengan rekaan kerangka berasaskan kulit ini juga turut menyertakan memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Malaysia akan membawa masuk pilihan baru untuk Huawei P20 Pro ini.


TIPS & ULASAN