Lenovo Turut Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Dengan Rekaan Boleh-Luncur
Aman
Trend peranti dengan rekaan boleh-luncur dilihat semakin popular akhir-akhir ini. Oppo sebelum ini telah melancarkan Oppo Find X. Sementara pengeluar lain seperti Honor telah memperlihatkan Honor Magic 2 yang membawakan rekaan skrin boleh-luncur, selain Xiaomi turut memperlihatkan Mi Mix 3 dengan rekaan lebih kurang sama.
Kini, ia dilihat Lenovo turut sedang melihat kepada penawaran lebih kurang sama – dan telah mempertontonkan video konsep untuk peranti seumpamanya.
Melalui rekaan boleh-luncur ini, ia membolehkan pengeluar peranti menawarkan rekaan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Kamera dan pelbagai komponen tambahan lain disembunyikan pada bahagian belakang yang mana boleh diakses dengan meluncurkan peranti – sama ada secara mekanikal atau secara manual.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Lenovo akan memasarkannya atau sebaliknya.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.