Vivo Ingin Menjadi Yang Pertama Melancarkan Telefon Pintar 5G

Vivo Ingin Menjadi Yang Pertama Melancarkan Telefon Pintar 5G

Diterbitkan pada Sep 3, 2018 oleh .

Dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat, terkini pelbagai syarikat yang berlumba antara satu sama lain untuk memperkenalkan peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Menyentuh mengenainya, kini Vivo mengumumkan yang mana mereka telah selesai membangunkan telefon pintar dengan sokongan rangkaian 5G.

Daripada gambar yang dikongsikan, peranti yang digunakan untuk pembangunan dilihat merupakan variasi Vivo NEX yang telah dilancarkan sebelum ini.

Vivo 5G NEX

Menurut Vivo, mereka telah selesai membangunkan perkakasan dan perisian untuk telefon 5G mereka. Buat masa ini, info lanjut mengenainya termasuk perkara teknikal berkaitan dengannya masih tidak dikongsikan lagi.

Namun, Vivo mengatakan mereka ingin menjadi terawal melancarkan telefon pintar 5G pertama di dunia – salah satu persaingan yang kini turut disertai pihak Huawei dan juga Samsung.


TIPS & ULASAN