Carian
Honor Didapati Menipu Dalam Ujian Penanda Aras Prestasi Peranti
September 5, 2018 Fahim Zahar

Menipu dalam membuat ujian penanda aras prestasi bukan lagi sesuatu perkara yang mengejutkan. Sudah banyak syarikat yang melakukan perkara yang demikian – contoh adalah OnePlus.

Terkini, Honor didapati menipu dalam ujian penanda aras prestasi buat Honor Play. Menurut Anandtech, Honor Play hadir dengan mekanisma pengesan penanda aras. Di mana mekanisma ini mengaktifkan penggunaan SoC yang lebih tinggi. Secara langsung, aplikasi yang disenarai putih akan mempunyai prestasi yang sangat hebat dan tinggi. Walau bagaimanapun, apabila mekanisma ini diaktifkan ia akan menggunakan kuasa yang banyak dan menggunakan bateri yang banyak. Dalam hal ini, Honor Play menyenarai putih GFXBench.

Honor menguji prestasi Honor Play dengan menggunakan GFXBench. Jadi, apabila mekanisma tadi diaktifkan markah penanda aras adalah tinggi. Manakala, apabila mekanisma ini dimatikan ia hanya mendapat markah asas seperti pengguna biasa. Kebiasaannya unit Honor Play dengan mekanisma ini diaktifkan adalah unit yang dihantar kepada para pengulas dan bukannya unit yang dijual.

Lebih mengejutkan, apabila ditanya kepada Dr. Wang Chenglu – Presiden Perisian Huawei, kenapa menipu dalam ujian tanda aras? Beliau dengan senang menjawab kerana syarikat lain turut melakukan perkara demikian, kenapa tidak kami.

Komen