Carian
Maxis Meneruskan Penawaran Minit Percuma Panggilan Untuk Tambah-Nilai Hotlink
September 6, 2018 Aman

Ketika implementasi SST sejak 1 September 2018 lepas, Maxis telah memberikan minit panggilan percuma kepada pengguna berdasarkan kepada tambah-nilai – sebagai ganti kepada cukai SST yang ditolak. Walaubagaimanapun, kini dengan bermulanya pengecualian SST untuk tambah-nilai mulai 6 September (hari ini), mungkin ramai menjangkakan yang mana Maxis menarik kembali penawaran ini.

Bercakap mengenainya, kini Maxis mengatakan mereka akan meneruskan promosi berkenaan untuk waktu terhad.

Melalui promosi ini, pengguna akan diberikan minit panggilan percuma ke talian Maxis lain berdasarkan tambah-nilai mereka. Sebagai contoh, tambah-nilai RM30 akan memberikan minit panggilan percuma selama 15 minit. Namun, ia perlu digunakan dalam tempoh 2 hari.

Maxis SST Prepaid

Beberapa syarikat telekomunikasi lain yang sebelum ini menawarkan promosi khusus sebagai ganti penolakkan SST dilihat telah pun membatalkan promosi mereka – sementara Maxis masih meneruskannya untuk tempoh terhad.

Komen