Xiaomi Mi Max 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi Max 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Sep 6, 2018 oleh .

Peranti dengan skrin gergasi Xiaomi Mi Max 3 nampaknya semakin hampir dilancarkan di Malaysia. Ini adalah kerana ia sudahpun melepasi laman pengesahan SIRIM baru-baru ini. Jadi kepada mereka yang ingin sebuah telefon pintar dengan skrin besar serta pemproses kelas pertengahan, anda sudah boleh mula mengumpul duit mulai sekarang.

Xiaomi Mi Max 3 menggunakan skrin 6.9-inci IPS LCD dengan paparan FHD+ penuh tanpa takuk, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Kamera utama adalah sebesar  12+5 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel. Bateri yang disertakan pula adalah sebesar 5500mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Ia juga masih mengekalkan bicu audio serta pengimbas cap jari.

 

 

Di China model dengan memori 4GB RAM dijual pada harga sekitar RM1022. Harga jualannya di Malaysia kelak mungkin tidak banyak berbeza berbanding harga ini.


TIPS & ULASAN