Carian
Samsung Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Skrin Sisi Sepenuhnya Dan Kamera Di Bawah Skrin
September 7, 2018 Effi Saharudin

Peranti dengan skrin hadapan mencecah 94% luas permukaan hadapan kini sudah menjadi realiti. Tidak mengejutkan jika luas permukaan ini akan semakin meningkat dengan rekaan bezel semakin kecil dan penggunaan kamera melungsur. Samsung mungkin mempunyai perancangan untuk mengembangkan penggunaan skrin sehingga sisi peranti dan sekaligus meningkatkan luas permukaan skrin.

Kerana skrin pada bahagian sisi, lubang khas diperlukan untuk butang suara. Kamera hadapan serta sensor lain pula diletakkan pada bahagian bawah skrin. Ini meneruskan paten yang difailkan oleh mereka sebelum ini. Menerusi paten ini, di masa hadapan mungkin peranti yang sepenuhnya skrin mungkin akan semakin hampir menjadi kenyataan. Tetapi seperti biasa, kewujudan paten tidak bermakna peranti fizikal akan dihasilkan dalam masa terdekat.

Komen