TNB Memulakan Ujian Rintis Untuk Penawaran Jalur-Lebar

TNB Memulakan Ujian Rintis Untuk Penawaran Jalur-Lebar

Diterbitkan pada Sep 7, 2018 oleh .

Tenaga Nasional, penyedia perkhidmatan elektrik terkemuka di Malaysia kini akhirnya memulakan projek rintis untuk penawaran jalur-lebar berkelajuan tinggi.

Untuk makluman, TNB melalui rangkaian elektrik mereka mempunyai kabel optik fiber – meliputi 12,000 kilometer di Malaysia. Walaubagaimanapun, penggunaan jalur-lebar berkenaan adalah sangat minimum, membuatkan mereka turut boleh menggunakan infrastruktur berkenaan untuk penawaran internet. Syarikat elektrik menggunakan rangkaian jalur-lebar pada kabel elektrik dalam memantau prestasi perkhidmatan elektrik. Di dunia, terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur-lebar melalui rangkaian kuasa. Jadi, TNB memperluaskan perkhidmatan mereka dari elektrik ke jalur-lebar merupakan sesuatu yang dijangkakan ramai.

Buat masa ini, TNB memulakan projek rintis di Jasin bermula bulan ini, dan menjelang penghujung 2018 kelak ia dijangka meliputi sejumlah 1100 rumah di Taman Merbau, Taman Maju dan juga Felda Kemendor. Dengan langkah ini, perumahan ini akan menerima akses kepada jalur-lebar berkelajuan tinggi, sekaligus boleh melayari internet pada kelajuan tinggi.

TNB juga ingin menguji konsep akses terbuka melalui projek rintis ini – dimana penyedia sedia ada boleh menggunakan platform TNB untuk penawaran internet kepada pengguna umum. Buat masa ini, TNB dilihat ingin menjadi penyedia infrastruktur, dan syarikat telekomunikasi boleh menggunakan infrastruktur mereka untuk penawaran internet kepada pengguna.

Apa pun, pada masa yang sama, TNB juga turut mempunyai syarikat jalur-lebar mereka tersendiri di Cyberjaya yang dinamakan Cyberjaya Broadband dan menawarkan internet pada kelajuan mencapai 1Gbps.


TIPS & ULASAN