Carian
Oppo A7X Diperkenalkan Dengan Penawaran Seumpama Oppo F9, Bateri 4230mAh
September 11, 2018 Aman

Oppo kini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru, dinamakan sebagai Oppo A7X. Secara kasarnya, telefon pintar ini menawarkan pelbagai perkara yang lebih kurang sama seperti Oppo F9, tetapi dengan sedikit perubahan – iaitu pada kamera hadapan dan juga bateri.

Oppo A7X ditawarkan di China buat masa ini, dimana ia hadir dengan skrin 6.3-inci dengan rekaan bertakuk kecil pada bahagian atas mengambil inspirasi daripada “titisan air”.

Oppo A7X

Menjananya juga adalah cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan dwi-kamera belakang 16-megapixel + 2-megapixel, selain kamera 8-megapixel untuk kamera hadapan (berbanding 25MP pada Oppo F9).

Untuk bateri, Oppo A7X menyertakan bateri berkapasiti 4230mAh – dan nampaknya seperti ia tidak menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC seperti pada Oppo F9.

Buat masa ini, peranti ini diperkenalkan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dipasarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.

Komen