Xiaomi Mi 8 Youth Akan Dilancarkan Pada 19 September
September 12, 2018
Xiaomi
Effi Saharudin
Xiaomi mengesahkan tarikh pelancaran peranti terkini mereka Mi 8 Youth pada 19 September hadapan. Peranti ini juga sebelum ini diuar-uarkan akan menggunakan nama Mi 8X dan juga Mi 8 Fingerprint Edition. Ia adalah sebuah lagi telefon pintar di dalam keluarga Mi 8 yang dilancarkan awal tahun ini.
Ia diramalkan akan dilengkapi skrin 6.26″ FHD+. dijana pemproses Snapdragon 710, dwi-kamera 12 Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel. Seperti Mi 8 Explorer Edition, peranti ini dipercayai akan hadir dengan model yang dilengkapi pengimbas cap jari dalam skrin. Misteri sebenar spesifikasi pastinya akan terungkai pada 19 September ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.