Lakaran Razer Phone 2 Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Pad Sesentuh Di Belakang

Lakaran Razer Phone 2 Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Pad Sesentuh Di Belakang

Diterbitkan pada Sep 12, 2018 oleh .

Razer Phone 2 adalah peranti mercu yang memfokuskan permua oleh Razer yang akan dilancarkan pada tahun ini. Menurut maklumat yang tertiris setakat ini adalah, ia akan hadir dengan sistem LED ‘Chroma.

Kini, tertiris adalah lakaran Razer Phone 2 yang memperlihatkan kehadiran pad sesentuh si bahagian belakang peranti. Selain itu, ia juga mempunyai ‘Razer Hub‘ terbina – yang kelihatan seperti satu hub mengumpulkan semua permua yang dipasang.

Selain itu, rekaan keseluruhan dilihat mirip dengan Razer Phone yang terdahulu dan masih hadir dengan pembesar suara stereo di hadapan. Jika gambar ini benar, ini mungkin satu peranti mercu yang menarik. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN