Selang Setahun, Apple AirPower Masih Tidak Kelihatan

Selang Setahun, Apple AirPower Masih Tidak Kelihatan

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan pengecas nirwayar mereka tersendiri yang mampu mengecas lebih daripada suatu peranti pada sesuatu masa. Walaubagaimanapun, pada acara yang diadakan awal pagi tadi oleh Apple, tiada sesiapa yang menyentuh mengenai penawaran Apple AirPower ini.

Malah, beberapa penerbitan dan perkongsian di laman rasmi Apple juga dilihat telah dipadamkan.

Apple AirPower

Pihak Apple tidak berkongsi sebarang info berkaitan pengecas nirwayar mereka. Namun, mengikut laporan beberapa bulan lepas, ia dikatakan yang mana Apple menghadapi sedikit masalah teknikal, termasuk cepat panas, selain sokongan multi-peranti yang dilihat mencabar.

Malah, beberapa penganalisa turut mengatakan yang mana cita-cita Apple untuk hadir dengan AirPower adalah terlalu tinggi dan mungkin mencabar sedikit pada masa kini.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan meneruskan pembangunan AirPower ini ataupun sebaliknya. Apple sebelum ini mengatakan AirPower akan hadir pada tahun 2018 ini – dan dengan berbaki beberapa bulan, sama-sama kita nantikan sama ada ia akan dipasarkan atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN