Samsung Dan Google Bekerjasama Untuk Fungsi Permesejan RCS Yang Lebih Baik
Artikel Berkaitan

Samsung Dan Google Bekerjasama Untuk Fungsi Permesejan RCS Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Sep 13, 2018 oleh .

Rich Communication Services (RCS) adalah pengganti kepada Short Messaging System (SMS). RCS hadir dengan banyak ciri dan fungsi yang menarik. Secara asasnya, RCS adalah SMS yang boleh menghantar lokasi, video, gambar, pelekat, GIF, berkongsi fail besar dan juga menghantar SMS menggunakan Internet.

Untuk fahaman yang mudah, ia adalah iMessage untuk Android.

Android Messages

Kini, Samsung dan Google bekerjasama untuk fungsi permesejan RCS yang lebih baik. Ini bermakna, RCS ini bukan lagi antara pengguna Android Message sahaja tetapi boleh juga antara Android Message dan Samsung Message. Ini secara langsung membuatkan pengalaman penggunaan permesejan RCS adalah lebih baik dan efisyen.

Sayang sekali, untuk menggunakan RCS ia adalah bergantung kepada syarikat telko masing-masing. Di Malaysia, hanya Celcom sahaja yang sudah umumkan – di mana kelak, pengguna mereka boleh menggunakan RCS. Tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar.


TIPS & ULASAN