Carian
Volvo Memperlihatkan Konsep Lori Swapandu Yang Tidak Dilengkapi Kabin Pemandu
September 13, 2018 Effi Saharudin

Di masa hadapan kerjaya sebagai pemandu lori juga akan terjejas kerana teknologi swapandu yang sedang dibangunkan dengan pesat. Volvo Vera ialah sebuah lagi konsep lori kargo swapandu yang sedang dibangunkan oleh syarikat yang berasal dari Sweden ini. Tidak seperti lori Tesla, ia mempunyai profil rendah kerana tidak dilengkapi kabin pemandu.

Tidak seperti lori Tesla, Vera direka untuk melakukan perjalanan jarak dekat membawa kargo yang berat. Ia berkongsi platform yang sama yang digunakan oleh lori elektrik Volvo semasa. Pihak Volvo berkata kerana ia digunakan untuk jarak dekat, masalah bateri tidak bertahan lama tidak akan menjadi masalah. Ia juga mengurangkan pencemaran di kawasan kediaman kerana menggunakan elektrik sepenuhnya. Buat masa ini Vera masih lagi konsep dengan pelbagai lagi kajian perlu dilakukan sebelum ia boleh dihasilkan di dunia sebenar.

Komen