Cari @ Amanz

Moment sedia terkenal sebagai pengeluar aksesori seperti kerangka pelindung, lensa modular dan juga kerangka dengan bateri terbina. Terkini, sempena pelancaran iPhone XS – Moment melancarkan ‘battery photo case‘ untuk iPhone tersebut.

Battery photo case yang dihasilkan Moment ini adalah kerangka berbateri dengan butang kamera terbina. Berikut adalah butiran kerangka ini;

  • Butang kamera dua tahap.
    • Tahap pertama untuk fokus.
    • Tahap kedua untuk menangkap gambar atau merakam video.
  • Bateri 3100mAh dengan sokongan pengecasan nirwayar.
  • Butang kamera turut berfungsi untuk aplikasi kamera iPhone atau aplikasi kamera Moment.
  • Mudah untuk berswafoto serta posisi butang kamera berada di bawah kerangka – jadi sukar untuk tertekan dengan sengaja.

Bahan binaan kerangka ini adalah daripada getah TPU dan mempunyai cengkaman yang baik. Lebih menarik, kerangka ini turut mempunyai pengiktirafan MFi (Made For iPhone). Kerangka ini perlu dicas melalui sambungan lightning sambil iPhone XS tadi pula boleh dicas serentak melalui pengecas nirwayar. Kerangka ini juga menyokong modul lensa anamorphic yang memfokuskan rakaman video profesional.

Kerangka ini dijual pada harga hanya $100 (~RM414) sahaja, manakala lensa-lensa lain dijual secara berasingan. Menarik sekali, disebabkan iPhone XS adalah kemaskini kepada iPhone X – jadi kerangka ini turut boleh digunakan pada iPhone generasi tahun lepas itu tadi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd