OnePlus sebelum ini telah hadir dengan perkongsian awal mengenai OnePlus 6T, mengatakan ia bakal hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Kini, selain daripadanya, pihak OnePlus hari ini berkongsi mengatakan OnePlus 6T tidak akan menyertakan sebarang sokongan bicu audio 3.5mm.
Ini sekaligus akan menjadikan sekiranya anda gemarkan bicu audio, maka anda perlu mendapatkan OnePlus 6 – dan sekiranya telah bersedia beralih ke fon kepala dan telinga berasaskan USB-C, maka boleh mendapatkan OnePlus 6T.
OnePlus mengatakan langkah ini diambil dengan peratusan pengguna fon telinga nirwayar yang semakin meningkat, selain mengatakan dengan membuang ruangan berkenaan, ia membolehkan OnePlus menyertakan beberapa teknologi baru.
Dengan perkongsian baru ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai ciri-ciri baru pada OnePlus 6T dalam minggu-minggu akan datang. Peranti ini dijangka diperkenalkan secara rasminya sekitar bulan Oktober kelak.
https://twitter.com/getpeid/status/974277638603747328