OnePlus 6T Disahkan Bakal Hadir Bersama Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

OnePlus 6T Disahkan Bakal Hadir Bersama Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Diterbitkan pada Sep 10, 2018 oleh .

OnePlus sering memperkenalkan dua peranti pada setiap tahun, dan kini mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan OnePlus 6T. Lanjutan daripada ketirisan sebelum ini, kini OnePlus melalui CNet mengesahkan yang mana OnePlus 6T bakal hadir bersama sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti yang mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin, termasuk oleh pihak Vivo, Oppo dan juga Huawei.

OnePlus dijangka menjenamakannya sebagai Scren Unlock, dan akan menawarkan ia sebagai alternatif untuk nyah-kunci peranti berasaskan wajah.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan lagi, tetapi OnePlus dijangka memperkenalkannya sekitar Oktober kelak.


TIPS & ULASAN