Pada bulan lepas, video konsep OnePlus 6T telah diperlihatkan. Ia dikatakan akan meminjam rekaan dari Oppo R17 dengan skrin bertakuk seumpana titisan air. Kini tertiris, OnePlus 6T dikatakan akan menggunakan rekaan skrin yang hampir sama dengan Oppo R17 dan hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Moto yang tertiris adalah – ‘Unlock Your Speed‘.
Menurut sumber, spesifikasi OnePlus 6T adalah; hadir dengan tri-kamera iaitu lensa utama 12 megapixel boleh laras f/1.5-f/2.4, lensa kedua adalah lensa biasa 20 megapixel dan lensa ketiga adalah lensa stereo TOF 3D. Lensa TOF 3D adalah lensa untuk menghasilkan kandungan 3D dan/atau lensa yang berkemampuan untuk realiti gabungan. Untuk swafoto pula, ia dilihat mungkin hadir dengan lensa 25 megapixel dengan sokongan kecerdasan buatan.
Mengejutkan adalah sistem pengecasan yang dikatakan adalah lebih pantas. Seperti yang semua sedia maklum, OnePlus terkenal dengan sistem pengecasan DASH yang laju. Untuk OnePlus 6T, ia dikatakan akan disertakan dengan pengecas DASH dengan kuasa 50W yang boleh mengecas 40% bateri dalam masa 10 minit sahaja. Baterinya pula mungkin menggunakan 2×1850 mAh. Dua bateri asing yang digabungkan?
Seperti biasa, OnePlus 6T adalah versi kemaskini kepada OnePlus 6 – oleh itu ia masih dijana dengan cip Snapdragon 845. Menurut laporan Cnet sebelum ini, OnePlus 6T mungkin akan dilancarkan pada bulan Oktober.
Jika ia dilancarkan pada bulan Oktober, iaitu bulan yang sama Google melancarkan Pixel 3 – anda akan pilih yang mana satu?