Cari @ Amanz

Hanya beberapa jam yang lepas, OnePlus 6T disahkan tidak akan menyertakan bicu audio 3.5mm. Oleh yang demikian, OnePlus akan hadir dengan set fon telinga USB-C.

Menurut OnePlus, set fon telinga baru ini akan mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Bullets v2 serta hadir dengan kualiti audio yang lebih baik. Harga pula dikatakan adalah sama dan tiada peningkatan. Di Malaysia, OnePlus Bullets v2 dijual pada RM149 secara rasmi.

 

 

Di arena web turut mempunyai khabar angin, di mana OnePlus akan datang turut akan hadir dengan Bullets Wireless versi baru. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd