Cari @ Amanz

Samsung berkongsi imej acah dengan ayat “4X Fun” minggu lalu bagi mengumumkan pelancaran peranti terbaru mereka pada 11 Oktober hadapan. Ramai melakukan spekulasi peranti yang akan dilancarkan kelak akan mempunyai dwi-kamera hadapan dan belakang. Ini nyata salah sama sekali kerana imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy A7 2018 telah tertiris dengan tri-kamera utama di bahagian belakang.

Konfigurasi tri-kamera adalah menegak seperti yang digunakan terlebih dahulu pada Huawei P20 Pro. Ini sekaligus menjadikan A7 2018 peranti pertama Samsung yang menggunakan sistem tri-kamera utama. Ia terletak pada bucu atas sebelah kiri peranti dan menggunakan skrin 18.5:9 yang tidak bertakuk yang berkemungkinan besar berteknologi SAMOLED seperti Galaxy A terdahulu.

Satu perbezaan paling ketara ialah butang kuasa yang besar pada sisi kanan yang mempunyai permukaan rata. Ia adalah petunjuk pertama A7 2018 akan mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerana tiada pengimbas diletakkan pada panel belakang. Spesifikasi masih lagi misteri dan akan hanya diketahui pada hari pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd