Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 6 Pro Telah Tertiris Awal
September 18, 2018 Effi Saharudin

Xiaomi Redmi Note 6 Pro ialah peranti yang telah melepasi pengesahan SIRIM minggu lalu. Ia masih belum dilancarkan secara rasmi tetapi telahpun disenaraikan di laman jualan atas talian sekaligus mendedahkan rekaan serta spesifikasi penuhnya.

Ia dilengkapi skrin 6.26″ IPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32/64 GB. Kamera utama menggabungkan sensor 12+5 Megapixel manakala kamera swafotonya pula menggabungkan sensor 20+2 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 4000 mAh membekalkan tenaga dengan port pengecas mikroUSB. Sedikit mengecewakan ialah peranti masih menggunakan Android Oreo dengan pelancar MIUI 9.

Jika dibandingkan dengan Redmi Note 5 Pro (dijual sebagai Redmi Note 5 di Malaysia), Redmi Note 6 Pro mempunyai skrin lebih besar dan dwi-kamera hadapan. Spesifikasi lain masih lagi sama dan turut mengekalkan pengimbas cap jari pada panel belakang dan bicu audio pada bahagian atas.

Komen