Hujung minggu lalu pengguna Samsung Galaxy Note 8 mula menerima kemaskini yang mengaktifkan fungsi AR Emoji dan Super Slow-Motion. Kedua-dua fungsi ini pada asalnya diberikan kepada Galaxy S9 dan Note 9 sahaja. Dengan ini pemilik peranti mercu tahun lalu tidak perlu membeli telefon pintar baru untuk menikmati kedua-dua fungsi ini.
Hari ini tiba pula giliran pengguna Galaxy S8 di Jerman pula menerima fungsi yang serupa bersama tampalan sekuriti bulan September. Ini menandakan pengguna di pasaran lain turut akan menerima fungsi ini dalam masa terdekat. Jika melihat pola kemas kini terdahulu, pengguna di Malaysia mungkin akan menerima kemaskini dalam masa dua ke tiga minggu.