Huawei Freebuds 2 Pro Tertiris – Boleh Dicas Secara Nirwayar Menggunakan Mate 20 Pro

Huawei Freebuds 2 Pro Tertiris – Boleh Dicas Secara Nirwayar Menggunakan Mate 20 Pro

Diterbitkan pada Sep 20, 2018 oleh .

Huawei Freebuds adalah set fon telinga nirwayar yang bersaing dengan Apple AirPods. Ia dilancarkan bersama-sama dengan Huawei P20. Menarik dengan Freebuds ini adalah, ia menyokong pengecasan nirwayar. Terkini, tertiris adalah Huawei Freebuds 2 Pro.

 

Freebuds 2 Pro ini boleh dicas secara nirwayar dengan menggunakan Mate 20 Pro sebagai pad pengecasannya. Perkara yang jarang didengar, sebuah peranti pintar boleh berfungsi sebagai pengecas nirwayar. Tetapi tidak pasti, jika Mate 20 Pro ini boleh digunakan untuk mengecas peranti/aksesori lain.

Kerangka Freebuds 2 Pro ini turut hadir dengan port USB-C untuk pengecasan berwayar. Sekali cas boleh memberi 3 jam ketahanan bateri dan di dalam kerangka memeberi tambahan 20 jam. Walau bagaimanapun, menggunakan Mate 20 Pro untuk mengecas Freebuds 2 Pro ini akan mengambil masa 2 jam dan akan menghabiskan bateri peranti tersebut.


TIPS & ULASAN