Cari @ Amanz

Setelah tertiris beberapa hari yang lalu, Samsung Galaxy A7 2018 akhirnya diumumkan secara rasmi pagi ini. Ia adalah peranti pertama keluaran Samsung yang menggunakan tr-kamera utama dan juga hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6-inci SAMOLED FHD+, dijana pemproses lapan teras 2.2 GHz, memori 4/6 GB dan storan 64/128GB. Tri-kamera utama adalah kombinasi sensor 24-Megapixel f/1.7, 8-Megapixel f/2.4 lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 5-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash. Seperti pada Galaxy Note 9, aplikasi kamera hadir dengan sokongan Scene Optimiser yang melakukan tetapan kamera secara automatik bergantung kepada objek yang diambil

Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Adapative Fast Charging menerusi port USB-C. Ia masih lagi menggunakan sistem operasi Android 8.0. Terdapat sokongan audio Dolby ATMOS, NFC dan bluetooth 5.0. Bagi penggemar audio, bicu audio masih lagi dikekalkan. Tiada maklumat mengenai harga buat masa ini tetapi ia ditawarkan dalam warna hitam, emas, biru dan merah jambu,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd