Cari @ Amanz

Tiga hari lepas, OnePlus berkongsi mengenai perancangan tahun hadapan, di mana mereka akan hadir dengan sebuah televisyen premium. Kini, OnePlus dilihat meminta peminat untuk memberi nama kepada televisyen mereka.

Peminat yang berjaya memberi nama kepada televisyen OnePlus ini akan berpeluang membawa pulang OnePlus TV dan ditaja pergi dan balik untuk acara pelancaran televisyen ini. Selain itu, sepuluh finalis pula akan menerima set fon telinga nirwayar Bullets Wireless.

Menurut CEO OnePlus, Pete Lau – OnePlus akan menghasilkan cip pemprosessan imej dan algoritma mereka tersendiri. Selain itu, panel paparan yang akan digunakan adalah jenis LED dan beresolusi 4K. Televisyen ini juga akan berfungsi sebagai hab kawalan peranti berhubung dan mampu dikawal dengan arahan suara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd