Cari @ Amanz

Apple tidak meletakkan spesifikasi lengkap iPhone yang dihasilkan mereka. Sebagai contoh kelajuan pemproses, saiz RAM dan kapasiti bateri sering menjadi misteri. Misteri saiz bateri iPhone XS, XS Max dan XR akhirnya terjawab hari ini selepas ini disenaraikan di laman pensijilan TENAA di China.

iPhone XS Max dilengkapi bateri terbesar iaitu 3174 mah diikuti pula oleh XS dengan 2658 mAh. Pada iPhone XR pula bateri 2942 mAh digunakan. Tahun lalu iPhone X dilengkapi bateri sebesar 2716 mAh dalam bentuk huruf L. Diantara ketiga-tiga peranti ini, bateri pada XR dijangka akan paling tahan lama kerana saiz skrin yang sederhana dipadankan dengan skrin yang tidak menggunakan resolusi HD penuh. Tetapi seperti biasa tahap ketahan bateri hanya akan dapat diketahui selepas peranti dilancarkan di Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd