Peranti Terkini Nokia Akan Dilancarkan Pada 4 Oktober Ini

Peranti Terkini Nokia Akan Dilancarkan Pada 4 Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Awal minggu ini video acah dikongsi oleh akaun media sosial Nokia yang menunjukkan peranti yang direka untuk permua. Tiada tarikh bilakah ia akan dilancarkan dikongsi. Tetapi jemputan sudah mula dihantar kepada pengamal media di Eropah tentang acara pelancaran peranti baru yang akan berlangsung di London pada 4 Oktober hadapan.

Terdapat spekulasi Nokia 9 dan Nokia 7.1 akan dilancarkan pada tarikh tersebut. Nokia 9 amat menarik minat industri selepas rekaannya dengan lima kamera utama tertiris beberapa minggu yang lalu. Ia juga dipercayai adalah peranti mercu dengan Snapdragon 845 yang amat dinantikan. Nokia 7.1 Plus pula ialah peranti dengan skrin bertakuk dan pemproses Snapdragon 710.


TIPS & ULASAN