Imej Pengolokan Nokia 7.1 Plus Tertiris

Imej Pengolokan Nokia 7.1 Plus Tertiris

Diterbitkan pada Sep 21, 2018 oleh .

Pada 4 Oktober kelak, HMD Global dikatakan akan melancarkan peranti baru. Peranti tersebut berkemungkinan adalah Nokia 9 dan Nokia 7.1 Plus ataupun salah satu daripadanya. Kini, imej pengolokan Nokia 7.1 Plus tertiris – memperlihatkan skrin bertakuk dan dwi-lensa dari Carl Zeiss.

Nokia 7.1 Plus yang tertiris ini dilihat mempunyai rekaan gabungan besi atau aluminium dan kaca. Terdapat pengimbas cap jari di belakang dan di bahagian depan terlihat ‘dagu‘ yang tebal dengan penjenamaan Nokia. Panel belakangnya terdapat tulisan Android One, jadi ini bermakna Nokia 7.1 Plus akan menjalankan Android One yang terkini.

Spekulasi mengatakan Nokia 7.1 Plus ini akan dijana dengan Snapdragon 710. Memori 6GB RAM, 128GB storan, dan dianggarkan akan dijual pada harga RS.25,000 (~RM1437) sahaja. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN