Carian
Nokia 7 Plus Menerima Sokongan Digital Wellbeing Secara Rasmi
September 21, 2018 Fahim Zahar

Digital Wellbeing adalah aplikasi untuk mengawal pengguna dari obses menggunakan telefon pintar, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sejak Android 9.0 Pie dilancarkan, Digital Wellbeing adalah terhad buat peranti Pixel sahaja. Peranti lain seperti Essential Phone atau OnePlus 6 memerlukan root, modul dari Magisk dan fail .APK.

Kini, Digital Wellbeing hadir secara rasmi pada Nokia 7 Plus. Secara langsung menjadikan Nokia 7 Plus peranti selain Pixel pertama dan peranti Android One pertama yang menerima fungsi ini.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna Nokia 7 Plus hanya perlu memuat turun dan pasang Digital Wellbeing dari Google Play Store.

Komen