Apa Itu Digital Wellbeing Dan Bagaimana Cara Untuk Mencuba Pada Peranti Dengan Android Pie?

Apa Itu Digital Wellbeing Dan Bagaimana Cara Untuk Mencuba Pada Peranti Dengan Android Pie?

Diterbitkan pada Ogos 7, 2018 oleh .

Android Pie adalah nama bagi versi Android baru, Android P. Android Pie adalah dengan versi nombor Android 9. Seperti biasa, barisan Pixel adalah yang terawal akan menerima kemaskini ini. Lebih mengejutkan, Essential Phone turut menerima kemaskini ini.

Apa yang menarik dalam Android Pie ini adalah integrasi Digital Wellbeing. Satu sistem kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin untuk memastikan kesihatan digital pengguna.

Digital Wellbeing hanya boleh diguna pada Android Pie. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk peranti Pixel sahaja dan ia adalah dalam bentuk ujian beta yang perlu didaftar. Jadi apakah itu Digital Wellbeing?

Digital Wellbeing adalah satu aplikasi Dashboard yang penuh dengan data yang membantu pengguna memahami penggunaan telefon mereka dengan lebih baik. Terdapat “App Timer” untuk menetapkan had masa penggunaan peranti, mod “Do Not Disturb” serba baru yang boleh mencegah daripada gangguan serta mencegah perasaan bimbang. Selain itu adalah “Down Wind” untuk menggalakkan pengguna untuk tidak menggunakan peranti pada waktu sebelum tidur.

Untuk peranti Pixel-Pixel, aplikasi ini harus dipasang sebaik sahaja menerima emel pengesahan penyertaan percubaan beta. Manakala, pada Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan datang – berkemungkinan besar adalah ia akan terus terbina.

Jadi, Android Pie ini adalah satu Android yang bukan sahaja pintar dan efisyen – tetapi juga mementingkan kesihatan pengguna. Google ingin memberi kestabilan pada pengguna baik di dunia digital dan juga dunia realiti.

Jika anda adalah pengguna Pixel dan sudah menjalankan Android Pie, klik pautan di bawah untuk cuba Digital Wellbeing.

Daftar: Google Digital Wellbeing di sini dan nikmati hidup digital yang sihat


TIPS & ULASAN